Sunday, September 19, 2010

Nilai Sebuah Pendidikan



Hidup ini tidak dapat lari dari pendidikan. Kerana insan diciptakan bukan sekadar untuk hidup semata-mata. Bukan sekadar menompok harta, atau bersenang-senang bersama keluarga dan saudara. Ada tujuan yang lebih mulia, lebih agung, dan lebih unggul darjatnya dari hanya sekadar hidup semata-mata yang tidak dapat tidak, harus ia perolehi melalui pendidikan.

Dari pendidikanlah seseorang itu perolehi ilmu. Dari pendidikanlah seseorang itu keluar dari kejahilan dan kegelapan. Dari pendidikanlah, seseorang insan itu mampu mengubah nasib dirinya kepada suatu tahap yang lebih baik serta lebih mulia dan sesungguhnya, dengan pendidikan jugalah, sesebuah tamadun dan masyarakat yang gemilang itu mampu terbina.

Manusia itu asalnya jahil. Manusia itu asalnya tidak tahu apa-apa. Manusia itu asalnya tak kenal apa-apa.  Manusia itu asalnya perlu diajar. Kerana sesungguhnya, sunnatullah itu menetapkan tiada seorang pun di dunia ini yang lahirnya sahaja ke dunia langsung cerdik, langsung pintar, langsung serba-tahu, dan langsung tak perlu dididik oleh sesiapapun.


Pendidikan itu diperlukan oleh semua orang. Baik dia bergelar baginda sultan, baik dia itu di kalangan  bangsawan, atau baik dia itu seorang cendiakawan, hatta tak terlepas juga kepada sekalian manusia yang menjadi rakyat marhaen. Mereka semua itu perlu dididik, perlu dibentuk, perlu diasuh dan perlu dibimbing untuk menjadi manusia yang berguna samada pada dirinya sendiri mahupun pada orang lain.

 Lihatlah, sedangkan orang dewasa yang telah terbentuk akhlak dan peribadinya sahaja masih lagi memerlukannya, apatah lagi kepada para pemuda-pemudi dan anak-anak kecil kita yang masih belum terbentuk, jauh lebih memerlukannya.

Bukankah figura potret orang dewasa itu adalah hasil pendidikannya yang di mulai dari usia kanak-kanak sampai dia meningkat dewasa. Dari kanak-kanak dia diasuh mengenal dunia, diajar cara-cara hidup di dunia dan dibimbing bagaimana menghadapi liku-liku kehidupan dunia yang penuh dugaan, penuh cabaran dan penuh tipuan.

Sebaik-baik pendidik itu adalah ibu. Pepatah  masyhur yang sering kita dengar dan sering kita baca mengatakan “Sesungguhnya  tangan yang mengayun buaian itu bisa mengguncang dunia”. Daripada kata-kata ini, ianya mempunyai makna tersirat mengenai anak-anak yang diasuh dan dididik dengan baik serta diberi layanan kasih-sayang yang cukup oleh ibunya mampu menjadi seorang manusia hebat ketika meningkat dewasa nanti.
Lihatlah apa yang terjadi seandainya anak-anak itu terbiar tanpa dipedulikan oleh ibubapanya dan bandingkan pula dengan yang yang selalu diberi perhatian oleh ibu bapanya. Ada bezakan? Ya, tentu ada beza.

Kesimpulannya, pendidikan adalah suatu cabang dari sisi kehidupan yang perlu diambil serius dan tidak boleh dipandang enteng atau dilihat sebelah mata. Runtuh dan bangunnya sebuah tamadun bangsa adalah salah-satunya disebabkan faktor pendidikan.

Pendidikan yang sempurna mampu melahirkan individu, masyarakat, negara dan tamadun bangsa yang unggul, dihormati serta dipandang mulia. Tak akan lahir jurutera dan arkitek hebat yang membina dan melakar pembangunan negara seandainya tiada siapa yang mendidiknya. Tak akan lahir para tabib yang mengubati pesakit andai dia sendiri tidak dididik dan berbagai-macam lagi bidang profesion lain yang mana semuanya berakarkan dari sistem pendidikan itu sendiri.
1.     

0 Komentar:

About

My Photo
seorang musafir di perbatasan dunia,amat miskin lagi hina di sisi Tuhannya,mencari bekalan untuk ke sana,Semoga Allah merahmatinya..dalam perjalanan menuju Rabbnya..

  © Blogger template 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP