Rungut Oh Rungut..Sampai Kapan?
Merungut tatkala ditimpa musibah dan ujian.
Baik ujian berbentuk kecil ataupun besar.
Manusia yang sabar pasti mampu untuk tidak merungut dan redha akan segala ketentuan takdir yang menimpa.
Baik berpihak padanya atau sebaliknya.
Manakala manusia yang lemah jiwanya sering merungut dan berkeluh-kesah pada manusia.
Seakan-akan manusia itu yang mampu menyelesaikan masalahnya.
Manusia yang sering merungut adalah manusia yang pendek akal.
Seolah-olah yang kelihatan dipandangannya hanyalah kesusahan dan keragu-raguan akan musibah dan kepayahan yang bakal menimpanya oleh perkara yang belom terjadi lagi.
Jadilah ia hamba yang berprasangka kepada TuhanNya. Usaha tak seberapa tetapi menginginkan hasil yang lumayan.
Merungut berpanjangan bukanlah penyelesaian masalah.
Menambah masalah lagi ada. Membuatkan setiap pergerakan kita terhenti dek ketakutan akan baying-bayang sendiri.
Timbulnya rasa takut.
Ingatlah apabila kita merungut dek kesusahan yang menimpa, pasti ada lagi manusia yang lagi berat menanggung susah dan ujian yang melanda dari kita.
Orang buta, orang cacat, orang pekak dan orang yang tiada rumah yang boleh saja menghadapi kepayanhan itu tanpa merungut.
Mereka redha dan sabar dengan apa yang ditaqdirkan atas mereka.
Sentiasa berfikiran positif dan berprasangka baik dengan Pencipta.
Maka saudaraku, Hentikanlah rungutan itu!
“Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan”-Alam- Nasyroh,94:5-6


0 Komentar:
Post a Comment