Monolog Seorang Hamba
Entah apalah yang merungsingkan benak fikiranku akhir-akhir ini.Tinggal beberapa hari lagi untuk aku tinggalkan kampus yang tercinta ini untuk melangkah ke suatu dunia yang lain pula. Duniaku kini adalah dunia pelajar diploma yang mengambil subjek kejuruteraan tetapi akhirnya hambar di akhir perjalanan.Tidak minat untok meneruskan subjek kejuruteraan ini lagi dan ingin beralih angin.
Duniaku kini adalah dunia yang dikelilingi oleh manusia-manusia yang berusia belasan tahun, manusia lepasan SPM, manusia yang gemar bermain computer-games,play-station,membacha komik Naruto dan manga online, manusia yang belajar subjek keduniaan boleh dikatakan 24 jam sehari dan begitulah dalam kotak pemikirannya juga. Di sini juga terkumpulnya manusia yang majoritinya tak tahu bergaul dengan masyarakat, tenggelam dalam dunia akademiknya, manusia yang panjang angan-angannya yang ingin mengejar sekeping sijil graduasi dan kerja, malas ambil pusing hal-hal semasa yang kian meruncing dan manusia yang berumur awal 20-an tetapi masih lagi berperangai kebudak-budakan sehingga malu aku melihatnya. Aku pun tak tahu mengapa aku tercampak ke dalam dunia kebudak-budakan manusia dewasa di kampus ini padahal aku mentah-mentah tiada keinginan mahu menjadi seperti mereka. Aku mahu berubah. Cukuplah di sekolah dahulu aku menjadi budak-budak yang dunianya sibuk dengan akademik dan tiada tanggungjawab lain melainkan belajar, belajar dan teros belajar.Matalamat hanya mengejar Sijil Pelajaran Malaysia.
Tetapi terkadang, arus sungai itu begitu deras mengalir dan menghanyutkan apa-apa yang ada disekitarnya. Begitulah juga aku, arus semasa yang dahsyat terkadang menarik aku untuk hanyut bersama dunia mereka yakni dunia manusia yang banyak berhibur, kurang memikirkan tanggungjawab orang lain dan tak mahu memberatkan fikiran dengan sesuatu yang bersifat kemasyarakatan dan nilai keagamaan.
Aku terkadang banyak memikirkan akan tujuan apa aku dihidupkan.Apakah aku dihidupkan untok mengejar sekeping sijil graduasi yang menilai manusia berdasarkan kejayaannya dalam menjawab peperiksaan? Apakah aku dihidupkan untuk mendapatkan kerja yang bagus, berjawatan besar dan berjaya mengumpulkan harta yang berlimpah-ruah banyaknya? Apakah aku dihidupkan untuk disibukkan dengan memikirkan kejayaan sesuatu peperiksaan sehingga ramai di antara kawan sepengjianku yang sanggup berletih-letihan berjaga malam tiada tidur dan terlepas solat subuh demi mengharapkan dapat menjawab peperiksaan dengan baik? Begitu sesaknya dunia dalam dadaku jika aku menjadi seperti itu.
Mengapalah manusia selalu menilai manusia lain berdasarkan kejayaannya dalam mendapatkan sijil akademiknya atau berjaya dalam pelajaran akademiknya? Engkau ada sijil Phd, Master, atau degree maka kau dianggap orang yang hebat walaupun perangai dan akhlakmu adalah buruk serta pengetahuan asas agama kau adalah lemah.Ironisnya, sehingga dengan kejayaannya itu kadang-kadang berjaya mengelabui kesalahan-kesalahan yang dilakukannya walaupun hakikat ianya suatu yang nyata. Ia juga berjaya mengangkat pandanagn orang terhadapnya.Entahlah, mungkin itu adalah sunah alam ini barangkali atau orang akan jawab itulah kelebehan orang yang punyai 'ilmu'.
Tak lama lagi aku akan tinggalkan kampus ini. Kampus yang banyak menyimpan nostalgia manis dan pahit. Di kampus ini jugalah aku temui hidayah yang dapat merubah aku untok lebeh menjadi manusia setelah aku hanyut dalam duniaku yang tersendiri suatu tika dahulu. Ya, kampus ini jugalah yang banyak mentarbiah diriku untuk menjadi manusia beragama setelah bertemu dengan rakan-rakan yang jiwanya begitu kuat dan besar cita-citanya dalam menegakkan agama Allah Jalla wa ‘Ala serta tak terpengaruh dengan dahsyatnya arus semasa dan keduniaan yang begitu mempesonakan.
(bersambung)


0 Komentar:
Post a Comment