Monolog Seorang Hamba III
Telah tertutop pintu rayuan bagi ujian MEdSI yakni syarat pertama untok ku sambong ke Fakulti Pendidikan di UTM Skudai sana. Maka perlu ku tunggu setahon lagi bagi melayakkan aku untok melakukan permohonan itu semula. Sedih, duka, kachewa, hampa dan lara itulah yang sering melanda hatiku hingga saat ini. Harapan orang tua yang tinggi menggunong untok melihat ku menyambong ke sana hanchur sa-ketika. Namun mereka dan aku redha dan perchaya itu semua kehendak Tuhan belaka. Pasti ada hikmah yang disembunyi olih-Nya.Justeru, aku yakin akan rahsia itu. Mungkin rahsia itu tak munchul kini tapi ku pasti ia akan munchol jua suatu masa nanti. InsyaAllah.
Saat ini ku ternanti-nanti saat keluarnya keputusan bagi subjek Elektronik Industri yang mana suatu subjek yang dianggap 'pembunoh' di kalangan pelajar. Subjek inilah yang menenukan banyak pelajar-pelajar yang ter'sangkot' dan terpaksa melanjutkan lagi semesternya agar dapat lulos dalam subjek ini. Hanya segunong empati dan simpati sahaja ku harapkan dari pensyarah agar dapat meluloskanku dan sebesar-besar tawakkal ku naikkan pada Tuhanku agar memberi 'tuah' menyebelahiku..Hasbunallah wa ni'mal wakil....
Esok, ku mulai ke alam pekerjaan. Suatu alam yang jauh berbedza dari alam belajar ku yang dahulu. Alam yang penoh keseriusan dan tiada lagi perbuatan sambil-lewa. Dalam masa yang sama otakku ligat berputar bagi menjanakan idea untok peranchangan bagi setahon ini dari sekarang. Aku bukan lagi pelajar yang sebahagian dari mereka masanya banyak dihabiskan untok belajar, belajar, dan teros belajar, bermain computer games, membacha komik kartun dan majalah hiburan dan melepak menonton bola di larut malam.
Telah aku tinggalkan ujian yang berbentok perasaan pada wanita di kampus dahulu. Ujian yang begitu mencabar dan menggugat konsentrasiku untok berkomitmen dan serius dalam sesuatu hal. Kini, semuanya telah berakhir. hatiku tenang, dadaku lapang, fikiranku aman tatkala ujian perasaan itu telah pergi buat sementara waktu. Hanya kepada Allah yang Maha Membolak-balikkan hati agar menetapkan hatiku ini di landasan yang benar. Sememangnya usia ku ini adalah suatu usia yang mana nafsu syahwat sedang menggelojak. Ku lihat betapa ramai di kalangan remaja pada usia ku ini tersungkor dek chinta murahan dan akhirnya terjebak ke kanchah zina. Naudzubillah min dzalik. Semoga Allah melindungi kita dari hal itu.

0 Komentar:
Post a Comment