Monolog Seorang Hamba II
Sudah tamat ku punya peperiksaan. Kini hanya menunggu sahaja saat keputusan dipaparkan. Apakah aku lulus atau gagal atau juga cemerlang.?Entahlah..kepada Allah Jalla Wa 'Ala jua lah ku pasrah dan berserah dengan segunung tawakal ku serahkan. Jika aku lulus, maka akau bisa digraduasi manakala jika aku gagal, maka terpaksalah melanjutkan pelajaran untok satu semester lagi. Itu adalah suatu 'sunah universiti' ini dan diterima olih majoriti pihak di kebanyakan tempat dan aku adalah di pihak minoriti terpaksalah akur.
Hari ini jugalah yakni hari-hari terakhir ku di sini yang telah menjadi saksi akan kegagalan aku melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan yang ku impikan. Alasannya bukan aku gagal subjek tetapi adalah kerana di masa ku memohon borang UPU itu, aku masih lagi dalam pengajian walhal syarat kelayakannya adalah tamat pengajian yakni telah digraduasi. Entah apalah yang tak kena padaku walhal rakan-rakan 'senior'ku boleh saja mereka melanjutkan pelajaran seperti biasa pada semester lepas. Lalu ku tanya pada pihak UPU bagaimana solusinya? Seraya dia menjawab terpaksalah menunggu untok tahon hadapan kerana ujian Medsi itu hanya dilaksankan setahon sekali dan terbaru akan dilakukan pada April ini.
Ya, aku perlu menunggu untok setahon lagi bagi menyambong pelajaran ke jurusan itu. bukan 2-3 bulan tetapi satu tahun. hati mana tiada duka tatkal impiannya hanchur seketika. Maka, kepada siapa aku hendak persalahkan? apakah aku ini mangsa keadaan? MasyaAllah, semuanya telah dikehendaki Allah. Ya, semuanya adalah ketetapan yang telah Allah sediakan. Maka ini adalah suatu ujian buatku. Baru sahaj aku ingin meraikan tamatnya peperiksaan namun malangnya menerima berita duka ini menghilangkan seleraku untok bergembira. Apa guna aku digraduasi awal jika terpaksa menunggu setahun untok ke suatu bidang yang ku minat.Tidak mungkin untok aku mengambil bidang yang lain jika itu bukan dari minatku.
Tak mengapalah, redha sahaja pengubat jiwa. Apa guna aku bersedih dan membawa hati. Terkadang masa hadapan itu bukan seperti yang kita harapkan. Kita hanya meranchang dan Tuhanlah yang tentukan. Fikirkan sesuatu yang baik untuk hari esok agar ia menyebelahi kita pula.

0 Komentar:
Post a Comment