Warkah Buat Zaujah
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi s.a.w.
Assalamualaikum buat zaujahku,
Semoga Allah sentiasa memberkati dirimu,doaku sentiasa tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi s.a.w.
Assalamualaikum buat zaujahku,
Semoga Allah sentiasa memberkati dirimu,doaku sentiasa tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya
" Telah tepatlah panduan syariat,kebangsawanan,hartawan dan rupawan hanyalah nilaian mata.Sesungguhnya kekayaan pada lapangnya hati,rupawan pada indahnya budi,bangsawan pada kerendahan diri yg sering sujud di telapak ilahi.Bila pilihan lantaran agama,kekal setia buat selamanya "
Sebagai permulaan kalam ini dengan bait tersusun indah.Wanita solehah idaman semua muslimin.Alhamdulillah,itulah anjuran Islam yang kita cintai.Sesungguhnya aku memilihmu kerana engkau mampu menyejukkan pandanganku dan juga baitul muslim yg bakal sama-sama dibina ketika tibanya saat itu Insya Allah.
Zaujahku,
Ingatlah sabda junjungan Nabi s.a.w. “ Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara : kerana hartanya,kedudukannya/keturunannya,kecantikannya dan agamanya.Maka pilihlah dalam hal agamanya maka beruntunglah kedua-dua tanganmu ”.Ku layarkan kalimah syahdu ini seindah mimpi.Agar kau mengerti apa yg tersirat.Lukisan dua jiwa menjadi satu.Itulah bait yg terindah buatmu wahai calon zaujahku.Setiap baris itu sudah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia ciptaanNya ini.Jika harta yang aku idamkan darimu,sesungguhnya aku mengetahui dirimu tidak mempunyai apa-apa harta di dunia ini melainkan bekalan ilmu agama yg telah dititipkan buatmu oleh ibu dan ayahmu yg tersayang.Aku mengetahui tiada harta untuk kau persembahkan dalam Ijab Qabul kita nanti.Tiada harta yg dapat menjamin bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila Ijab bersaksi telah ku lafazkan nanti.Hanya ketenangan yg mampu aku sediakan buatmu kerana aku masih lagi ingat kalam suci ini :
“ Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang ” ( Ar-Rum ayat 21)
Zaujahku,
Sesungguhnya engkau adalah anugerah Allah sebagai amanah dan tanggungjawab terhadap diriku.Engkau adalah bidadari syurga yg Allah pinjamkan di dunia ini buat sementara di mana satu masa nanti kau akan kembali bergelar bidadari di syurga Allah bersama suamimu yg tercinta di negeri akhirat yg kekal abadi Insya Allah.Ingatlah jika keturunan yg mulia itu aku dambakan kepadamu,ketahuilah bahawa sesungguhnya aku yakin dan pasti engkau adalah dari keturunan yang mulia,ayahanda Nabi Adam a.s. dan bonda Hawa a.s. sama sepertimu.
Zaujahku,
Sesungguhnya kecantikan itu adalah fitrah pandangan pertama setiap insan.Bahkan aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yg lain.Aduhai calon zaujahku,jika kecantikan itu yg aku inginkan darimu,sesungguhnya aku sudah tersalah langkah.Tiada kecantikan yg tiada tolak bandingannya untuk kau pertontonkan padaku.Telah kau hijabkan kecantikan dirimu itu dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yg dicintai dan sirna-sirna keagamaan yg menjadi cermin buat dirimu.Aku hanya membuang masa jika aku mendambakan kecantikan lahiriah semata-mata.Aku tidak menjanjikan bahawa aku mampu membahagiakan rumah tangga kita nanti kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan taman keislaman yg cuba ku bina bersamamu ini.Aku mendambakan agar engkau sudi menjadi pembantuku untuk membangunkan sebuah taman keislaman dan taman keimanan ke arahNya.
Zaujahku,
Zaujahku,
Sesungguhnya aku masih lagi ketandusan ilmu,akan tetapi dengan berbekalkan ilmu agama yg sudah dibekalkan ini,aku ingin engkau menjadi seorang isteri yg sentiasa mendapat keredhaan Allah dan memudahkan suamimu membentuk usrah muslim antara aku,dirimu dan anak-anak kita putera-puteri yg bakal lahir di atas muka bumi Allah ini untuk dibiahkan dengan ketaatan kepada Allah.Semoga engkau mampu bergelar pendamping solehah seperti yg sudah dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w.
" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun ditengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya,maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang,dia merenjiskan air ke mukanya.Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun ditengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya.Maka jika dia enggan,dia merenjiskan air kemukanya."
( Riwayat Abu Daud )
Renunglah sejenak kalam Allah ini maka kau akan mengetahui hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas nama pertemuan dan jodoh.
" Wahai sekalian manusia,bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu,dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan ( mempergunakan ) namaNya kamu saling meminta satu sama lain,dan ( peliharalah ) hubungan silaturrahim.Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." ( An Nisa ayat 1 )
Zaujahku,
" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita,oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka ( lelaki ) atas sebahagian yang lain ( wanita ),dan kerana mereka ( lelaki ) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".( An-Nissa' ayat 34 )
Dengan membenarkan kalamNya yg mulia ini,aku meyakini Insya Allah dengan kudrat yg diberikanNya aku bersedia untuk memimpinmu dan anak-anak zuriat pewaris kejihadan Islam yg bakal lahir di atas muka bumi Allah ini.Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya sebagai ladang untuk memuaskan bisikan syaitan yg menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata.Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya.
Akan ku laksanakan tanggungjawabku itu dengan kesabaran,qanaah dan ketabahan semoga kita akan dapat menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga Insya Allah.Aduhai calon zaujahku,kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata.Bukankah benar begitu?
Zaujahku,
Zaujahku,
Sesungguhnya aku mengetahui kau tidak mengimpikan hantaran emas yg bersusun,mas kahwin yg hanya akan menyebabkan hatimu buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama.Sudah memadainya maharku sebuah Kalam Allah yg Mulia Al-Quran kerana aku amat meyakini Kalam Allah itu mampu memimpin rumah tangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yg bersifat sementara.Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku dan juga agamamu Insya Allah.Akhlahmu yg terdidik indah oleh ibu bapamu itulah yg aku inginkan daripada kekayaan duniawi semata-mata yg hanya membawa kepada kealpaan.
Zaujahku,
Zaujahku,
“ Tuhan,dari setitis cintaMu kau limpahkan seluruh cinta ini,cinta warisan Adam a.s. dan bonda Hawa a.s.,cinta yg berputik di taman syurga,tumbuh dan berbunga di taman dunia,namun di hati seorang lelaki yang bakal bergelar suami mengimpikan seorang wanita solehah sebagai isteri,merindukan pertemuan di pelamin keredhaan,sama berganding menuju ke arah sebuah rumah tangga bahagia bayangan syurga idaman,kau yang ditakdirkan di suratan azali,untuk hadir dalam hidup ini,bukan permata yg ku janjikan sebagai mahar perkahwinan,tapi sebuah cinta yg terbina di dasar iman,sebuah kasih yg ku semai di taman Islam,moga kau sudi menerimanya,agar impian kasih menjadi kenyataan,kau dan aku segera dipertemukan…amin YA Rabbal Alamin ”
Jodoh dari Allah…cinta berputik,masuk meminang dan langsung bernikah,itulah SYURGA CINTA
" Dunia adalah perhiasan,sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah "
sumber : http://bayuilahi.blogspot.com/2009/07/surat-buat-calon-zaujah.html


0 Komentar:
Post a Comment